Isnin, 30 Julai 2012

Rezeki Bulan Puasa.......

Slm & slmt petang .... semalam anak Jemput Pisang dan Black Pearl baru lahir hari ni adalah hari keduanya.....menetas sekor aje yang jadi mana salah dan silap saya tak pasti padahal telur nya banyak tapi yang berjaya sampai menetas boleh dikira dengan sebelah tangan yang lima jari pun belum tentu sampai.....minta jasa baik otai-otai yang sudi memberi tunjuk ajar dimana silapnya.....tapi saya tetap bersyukur kerana menetas juga walaupun hanya seekor sahaja . Disini saya sertakan gambar nya utk tatapan semua harap-harap besar dengan sihatnya.....



 
Nanti saya akan upload lagi gambar nye selepas satu bulan .                                                                                      

                      Agak-agaknya jantan ke betina ek......                                                                                                                                 

SALAM RAMADHAN.....

 




Salam Ramadhan... hari ni genap 10 hari semua umat islam menjalankan puasa nya..... harap-harap semua dapat berpuasa penuh sempena bulan yang mulia ini.

  Renungan Ramadhan 10

Ramadhan yang penuh keberkatan ini disambut di seluruh dunia secara serentak.
Walaupun, oleh kerana kedudukan geografi yang berlainan, kita tidak dapat
menyambutkan pada satu ketika yang sama.. tetapi semuanya menyambut pada satu
tarikh yang sama yakni kemunculan anak bulan Ramadhan di tempat masing-masing.
Sesungguhnya Ramadhan membayangkan kesejagatan dan solidariti Islam. Di setiap
detik dalam 24 jam, kita akan mendapati ada saja umat Islam yang sedang berpuasa, yang
sedang berbuka, yang sedang bertarawih, membaca al-Quran, bersahur dan pelbagai
aktiviti lain merai’kan Ramadhan mubarak ini.
Kita dapati umat Islam tediri dari pelbagai jenis warna kulit, bangsa, kumpulan etnik,
bahasa dan kebudayaan. Namun dengan sambutan Ramadhan yang serentak; mereka
bersatu dalam kepelbagaian ini. Jelas terserlah ruh ayat Allah:

Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta
alam.
( Surah al-Anbiyaa’:107)

Kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity) ini adalah ciri penting Islam. Kita
berbeza bukan sekadar budaya dan warna kulit tetapi kadangkala sehingga dalam
beberapa hal cara beribadah. Namun kita tetap bersatu di atas perkara pokok dan
prinsip.
Misalnya tiada umat Islam yang mempertikaikan kewajipan puasa di bulan Ramadhan,
tiada yang tidak bersetuju bahawa awal puasa ialah dengan melihat bulan, tiada yang
membangkang jika dikatakan yang sakit dan dalam perjalanan dibenarkan berbuka dan
tiada yang mengatakan solat malam di bulan Ramadhan itu amat digalakkan. Ini adalah
perkara-perkara pokok dan prinsip dan tidak ada pertikaian mengenainya.
Namun di kalangan kita mungkin berbeza dari segi cara menentukan “anak bulan telah
kelihatan” atau samada “orang yang dalam perjalanan yang mudah perlu berpuasa atau
tidak” dan samada “ solat tarawih itu 20 rakaat atau 8” dan seumpamanya. Perbezaan
pendapat yang kecil sedemikian tidak semestinya tidak menunjukkan ketidaksatuan;
asalkan semuanya berdasarkan hujjah dan nas yang kuat.
Perbezaan pendapat sedemikian juga tidak semestinya menyebabkan kita berbalah;
berkelahi atau rendah-merendahkan. Para sahabat pernah berbeza pendapat dalam bab
puasa dalam perjalanan. Lihat sikap mereka
20
Anas bin Maalik berkata:


                  



"Kami sedang bermusafir bersama dengan Rasulullah (saw) semasa Ramadhan dan di
kalangan kami ada yang berpuasa, ada yang tidak berpuasa. Golongan yang berpuasa
tidak menyalahkan orang yang tidak berpuasa dan golongan yang tidak berpuasa tidak
menyalahkan orang yang berpuasa.
[ hadis riwayat Bukhari and Muslim]

Itulah sikap sahabat-sahabat Nabi (saw) yang harus kita contohi. Tidak ada sebab untuk
kita merendah-rendahkan amal perbuatan orang lain atau merasa diri kita lebih besar,
lebih hebat, lebih banyak amal, lebih wara’, lebih tinggi darjat taqwa berbanding dengan
mereka yang mempunyai kelainan dari sudut perkara-perkara khilafiyah sebegini.
Ingatlah pesanan Allah:

 
                                  


 
Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang
lain (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang
mengolok-olokkan)
(surah al-Hujurat: 11)

Berhati-hatilah dengan jarum-jarum halus yang bakal merosakkan amal kita. Jangan
dilayan perasaan bahawa kita lebih baik dari mereka kerana kita melaksanakan sesuatu
amal yang lebih lebih banyak, lebih kerap, lebih sempurna sambil kita memandang
rendah orang lain.
Boleh jadi juga dalam keghairahan mencari yang lebih ‘benar’ dan lebih ‘banyak’ kita
terpedaya dengan tipu-daya hawa nafsu kita yang memesongkan.
Ingatlah, sebaik sahaja kita merasa diri kita lebih taqwa dari orang lain, di ketika itu
bukanlah layak lagi kita digelar bertaqwa!

Khamis, 5 Julai 2012

Penghuni Baru Lagikkkk


Nie semua anak kecyk...... bulu kembang2 ......

AJAIB...

 Ini telur daripada Black Pearl...... pelik kecik jew..... sekali tgk mcm x jadi tp kulit nye keras.....


besar duit syiling 10sen kecikkkk knnnnn

BAKA JEMPUT PISANG

Assalamualaikum ari ni saya nk upload gambar baka jemput pisang yg da besar....



ada dua ekor je yg jadi ....



ok kita layan gambar dulu ek..





besar dan sihat... hendaknya


pose lagikkkk........